suria

Demi sesuap nasi, lelaki berbasikal sejauh 70km cari kerja... temui ajal di hentian bas

Basikal merah milik Chaimongkhon yang diletakkan di hentian bas.

SEORANG lelaki ditemui meninggal dunia di sebuah hentian bas selepas menunggang basikal sejauh hampir 70 kilometer untuk mencari kerja.

Kejadian berlaku di Isaan, Roi Et di Thailand.

Lelaki itu dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

Balai Polis Mueang Roi Et dimaklumkan mengenai perkara itu oleh penduduk setempat di Baan Kiat Leung.

Lelaki berkenaan dikenali pasti sebagai Chaimongkhon Klaharn, berusia 47 tahun.

Di tempat kejadian, Chaimongkhon didapati terbaring di tempat duduk di hentian bas.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki gelandangan temui ajal gara-gara dituduh curi basikal

Terdapat kesan calar di bahagian muka dan badannya, serta sebuah basikal merah yang diletakkan berdekatan.

Penduduk setempat yang bertemu dengan Chaimongkhon sehari sebelumnya memberitahu polis, lelaki tersebut dilanggar oleh sebuah pikap.

Dia bagaimanapun enggan ke hospital untuk menerima rawatan, sebaliknya berkeras untuk berehat di hentian bas.

Chaimongkhon memberitahu penduduk bahawa dia telah berbasikal selama beberapa hari dari rumahnya di Yasothorn.

Tambahnya, apabila tiba di Khon Kaen dia akan berbasikal kira-kira 200 kilometer untuk mencari pekerjaan. - thethaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain