suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saintis temui spesies cicak baharu, sisik berbintik kuning emas pada kepala dan sisi badan

Spesies baharu cicak yang dinamakan 'Proctoporus titans' ditemui di pergunungan Andes.

PARA saintis telah menemui seekor spesies cicak baharu di kawasan semula jadi yang dilindungi di kawasan Cusco, tenggara Peru.

"Taman Negara Otishi mendedahkan spesies baharu cicak kepada dunia sains," kara Perkhidmatan Kebangsaan Kawasan Alam Semula Jadi Dilindungi dalam satu kenyataan.

Spesies baharu yang dinamakan 'Proctoporus titans' ditemui di pergunungan Andes pada ketinggian 3,241 meter (10,600 kaki).

Cicak berwarna kelabu gelap itu mempunyai bintik-bintik kuning dan emas di sisi badan dan kepalanya.

Ia mempunyai ekor lebih panjang selain sisik dorsal beralur dan sisik prefrontal.

Taman negara Otishi adalah kawasan dilindungi yang terletak di wilayah Cusco dan Juni serta meliputi 756,000 ekar (305,942 hektar) hutan pergunungan. - Thesundaily

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain