suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nahas pesawat di Nepal: Suami pembantu juruterbang maut dalam tragedi sama 16 tahun lalu

Anju mempunyai pengalaman hampir 6,400 jam penerbangan.

PEMBANTU juruterbang yang maut dalam tragedi pesawat terhempas di Nepal pada Ahad, kehilangan suaminya akibat nahas kapal terbang, 16 tahun lalu.

Anju Khatiwada merupakan pembantu juruterbang bagi penerbangan Yeti 691 yang terhempas ke dalam gaung di Pokhara, mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal.

Suaminya, Dipak Pokhrel juga pernah menjadi pembantu juruterbang bagi penerbangan Yeti Airlines ketika nahas yang mengorbankan nyawanya.

Kematian suami Anju mendorongnya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang penerbangan.

Dipak berada di dalam kokpit pesawat Twin Otter yang membawa beras dan makanan ke bandar Jumla ketika ia terhempas sebelum terbakar pada Jun 2006, mengorbankan kesemua sembilan orang.

Empat tahun kemudian Anju meneruskan kerjayanya sebagai juruterbang, mengatasi banyak dugaan dan cabaran ketika menjalani latihan di Amerika Syarikat (AS).

Selepas mendapat kelayakan, dia menyertai Yeti Airlines.

Anju mempunyai pengalaman hampir 6,400 jam penerbangan.

Hasil perkahwinn Anju bersama Dipak, mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Anju kemudian berkahwin lagi dan mendapat anak kedua, serta mengembangkan kerjayanya.

Nahas pesawat dengan enjin berkembar, ATR 72 kendalian Yeti Airlines, berlepas dari Kathmandu dengan membawa 72 orang termasuk empat kru. - BBC News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain