suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TikToker Waffler69 meninggal dunia pada usia 33 tahun kerana serangan jantung

Waffler69 meninggal dunia pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

BINTANG TikTok yang terkenal dengan konten makanan aneh, Waffler69, meninggal dunia pada usia 33 tahun.

Berita kematian Waffler69 atau nama sebenarnya Taylor Claydorm, disahkan oleh abangnya, Clayton.

"Hei semua. Jika sesiapa berkongsi video ini daripada orang lain atau jika anda tidak tahu, saya mempunyai pertalian dengan Waffler69 atau adik saya, Taylor.

"Beliau meninggal dunia sekitar jam 10 malam pada 11 Januari 2023 akibat kemungkinan serangan jantung. Dia dikejarkan ke hospital dan saya kira sejam atau satu setengah jam kemudian, dia meninggal dunia.

"Sekarang ini masih agak baru, saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam masa terdekat dengan semua itu, tetapi saya fikir saya harus menggunakan TikTok dan memberitahu semua orang," tulis Clayton.

Lelaki itu juga menggalakkan warga maya 'menghidupkan legasi' mendiang adiknya dengan terus menonton video kontennya di TikTok.

Waffler69 setakat ini mengumpul 1.8 juta pengikut dan 328 juta suka (likes) yang mengikuti akaun TikTok miliknya. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain