suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tergamak beri ganja kepada bayi, lelaki diburu polis

Lelaki berkenaan memberi gulungan rokok ganja kepada bayi di ribaannya.

POLIS Nigeria kini sedang memburu seorang lelaki yang identitinya belum dikenal pasti kerana memberikan sesuatu dipercayai ganja kepada seorang bayi.

Lelaki tersebut muncul di dalam sebuah video yang kini tular di laman Twitter.

Menerusi klip video yang tular itu, lelaki berkenaan dilihat menghisap gulungan ganja dan kemudian memasukkanya ke dalam mulut seorang anak kecil yang sedang dalam ribaannya.

Netizen di negara berkenaan meluahkan kemarahan susulan tularnya video tersebut dan menggesa pihak berkuasa segera memberkasnya.

Sementara itu, laporan portal berita Vanguard menyebut, polis di seluruh Nigeria telah diarahkan untuk menggunakan teknologi terkini bagi mengesan lelaki itu dan mendakwanya.

Pegawai Perhubungan Awam Polis Nigeria, Muyiwa Adejobi berkata, pasukannya akan mengesan dan menangkap lelaki tersebut.

Muyiwa juga menggesa warga Nigeria yang mempunyai maklumat mengenai video tersebut supaya tampil memberikan maklumat bagi memudahkan tindakan pantas diambil. - Wionews.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain