suria

Tempah tiket senyap-senyap, tiba-tiba muncul dalam pesawat bawa kotak cincin... Lelaki buat kejutan lamar kekasih di udara

Seorang lelaki membuat kejutan dengan melamar kekasihnya di dalam pesawat. Foto: India.com

SEORANG lelaki membuat kejutan apabila melamar teman wanitanya ketika mereka berada di dalam pesawat yang sama, tanpa pengetahuan kekasihnya itu.

Lelaki tersebut dikatakan menempah tiket penerbangan yang sama dengan teman wanitanya dari Hyderabad ke Mumbai, untuk membuat kejutan.

Menerusi video yang dimuat naik di Twitter oleh pengguna bernama Ramesh Kotnana, lelaki tersebut pada mulanya berjalan di laluan tengah sambil membawa cantuman gambar-gambar dan mengenakan pelitup muka agar tidak dikenali.

Apabila tiba di barisan tempat duduk kekasihnya, lelaki tersebut membuka pelitup muka dan tersenyum, sekaligus membuatkan teman wanitanya terkejut.

Dia kemudian melutut dan mengeluarkan kotak cincin untuk melamar teman wanitanya.

Dalam reaksi yang masih terkejut, wanita tersebut meluru memeluk lelaki berkenaan sambil diiringi tepukan tangan oleh penumpang lain.

Menurut pegawai Air India, kejadian itu berlaku pada 2 Januari lalu. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain