suria

Insaf selepas sakit, suami isteri dari China batal hasrat bercerai gara-gara dijangkiti Covid-19

Sikap prihatin suami ketika isterinya dijangkiti Covid-19 menyebabkan mereka berbaik semula.

COVID-19 menyatukan semula cinta antara pasangan ini.

Begitulah kisahnya mengenai pasangan dari China yang membatalkan hasrat bercerai selepas si isteri dirawat suaminya ketika dia dijangkiti Covid-19.

Pasangan dari wilayah Jiangxi di timur China itu menyerahkan pendaftaran perceraian mereka pada 14 Disember dan berada dalam tempoh bertenang selama sebulan sebelum bercerai.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor rebah, pesakit dirawat atas lantai hospital... Gelombang terkini Covid-19 di China membimbangkan

Mereka menjangkakan kertas kerja memuktamadkan perpisahan dan sijil cerai rasmi akan dikeluarkan antara pertengahan Januari dan Februari tahun depan.

Sementara menunggu penceraian selesai, mereka tetap tinggal bersama di sebuah rumah.

Baru-baru ini, si isteri dijangkiti Covid-19 dan dia dijaga dengan baik sekali oleh suaminya.

Disebabkan sikap penyayang suaminya ketika dia sakit, si isteri akhirnya membatalkan hasrat untuk berpisah dan kembali berbaik seperti biasa.

Mereka sebelum ini memilih untuk berpisah kerana kurang berkomunikasi antara satu sama lain. - SCMP.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain