suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Ibu menggigil tumpang bilik mandi anak perempuan, jumpa kamera rahsia... suami dakwa ‘tak sengaja’ pasang

Kamera 'rahsia' dipasang di bilik mandi anak tiri. foto TikTok

BAGI golongan ibu, pastinya mereka sudah berfikir jauh mengenai kebahagiaan anak-anak sebelum membuat keputusan berkahwin lagi.

Begitulah yang cuba dilakukan wanita ini namun, jiwanya bagaikan hancur berkecai apabila mengetahui hal sebenar mengenai sikap suaminya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Chasity Brintle menceritakan bahawa dia menggigil apabila menjumpai sebuah kamera rahsia dipasang di bilik mandi anak perempuannya berusia 16 tahun.

Menurutnya, suaminya dikatakan mengubah suai bilik mandi anaknya beberapa bulan lalu.

Siapa sangka, lelaki berkenaan mengambil peluang itu dengan memasang kamera, didakwa bertujuan untuk mengintip anak tirinya mandi.

Susulan penemuan itu, Chasity bergegas ke balai polis untuk melaporkan tentang perbuatan tidak bermoral suaminya.

Bagaimanapun, pihak polis tidak dapat mengesan bukti kukuh terutama rakaman daripada kamera.

Dalam pada itu, tertuduh mengaku bersalah tetapi mendakwa dia 'tidak sengaja' memasang kamera tersebut.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah menonton sebarang video hasil rakaman kerana kamera tersebut dikatakan tidak berfungsi. - Your Tango

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain