suria

Jurugambar terkejut formasi batu di kepulauan Wales menyerupai naga sedang tidur

Formasi batu menyerupai seekor naga yang merupakan haiwan mitos Wales. Sumber: Daily Star

SEORANG jurugambar bermata helang menemui seekor naga Welsh sebenar di dalam batu di Love Island, Wales.

Warganegara Wales, Noel Morgan terjumpa apa yang kelihatan seperti binatang mitos di pantai Anglesey ketika melawat rumah lamanya di Newborough.

Merakam gambar formasi batuan ikonik Ynys Llanddwyn, Noel hanya menyedari bahawa salah satu daripada batuan itu menyerupai haiwan kebangsaan Wales, seekor naga.

"Saya mengambil gambar formasi batuan pulau itu.

"Pada masa itu saya lebih terkejut dengan warna merah mereka daripada bentuknya.

"Hanya apabila saya pulang ke rumah, saya menyedari salah satu daripada formasi batu itu menunjukkan apa yang kelihatan seperti seekor naga.

"Saya menunjukkan kepada rakan-rakan dan mereka semua serta-merta mengenali ada seekor naga dalam foto itu." katanya.

Noel telah menamakan batu-batu itu, yang terletak di antara Twr Bach (Menara Kecil) Ynys Llanddwyn dan Twr Mawr (Menara Besar) sebagai "Sleeping Red Dragon". - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Naga, Wales, formasi batu, kepulauan

Artikel Lain