suria

Wanita tikam teman lelaki dengan serpihan kaca, bengang dikejutkan dari tidur lena

Amanda diberikan human khidmat masyarakat selama dua tahun. - Daily Star

SEORANG wanita menggunakan serpihan kaca untuk menikam teman lelakinya kerana tidak puas hati dikejutkan dari tidur.

Amanda Bates, 52, sedang tidur di rumah teman lelakinya pada Julai tahun ini apabila lelaki itu pulang untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.

Teman lelakinya meminta Amanda untuk meninggalkan rumahnya tetapi dia enggan menuruti permintaan tersebut.

Tidak lama selepas itu, lelaki itu memulakan kerja-kerja pembersihan di dalam rumah, bunyi bising menyebabkan Amanda terbangun dan dia seterusnya mengamuk.

Amanda menumbuk teman lelakinya di muka dan lelaki itu kemudiannya menolak Amanda ke sofa sebagai tindak balas mempertahankan diri.

Tidak cukup setakat itu, Amanda mengambil serpihan kaca dan menikam teman lelakinya dari belakang.

Lelaki itu bernasib baik untuk tidak mendapat kecederaan yang serius.

Amanda ketika dibicarakan di mahkamah mengaku bersalah di atas pertuduhan berniat mencederakan teman lelakinya dan telah diberikan hukuman khidmat masyarakat selama dua tahun. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain