suria

10 orang tertimbus selepas runtuhan salji melanda pusat peranginan ski

Operasi menyelamat dan mencari sedang giat dijalankan di lokasi kejadian. - The Sun

DUA orang mangsa masih belum ditemui selepas runtuhan salji besar melanda sebuah pusat peranginan ski di Austria hari ini.

Penggemar sukan ski adalah antara sepuluh orang yang disyaki tertimbus di bawah salji di pusat peranginan di Lech, Austria.

Lapan orang telah dikenal pasti dan diambil kira dalam senarai mangsa untuk tragedi runtuhan salji itu.

Runtuhan salji itu melanda gunung Trittkopf antara Zürs dan Lechin di Austria sekitar jam 3 petang waktu tempatan.

Kira-kira 200 anggota penyelamat dikerah ke tempat kejadian untuk mencari mangsa yang tertimbus

Seorang mangsa yang cedera dalam tragedi mengerikan itu segera dikejarkan ke hospital, kata pegawai pasukan penyelamat.

Agensi Akhbar Austria (APA) mengesahkan anggota penyelamat telah meminta lampu limpah untuk dipasang supaya operasi pencarian dapat diteruskan dalam gelap.

Pengarah kementerian pelancongan, Lech-Zuers Hermann Fercher berkata operasi pencarian akan diteruskan sepanjang malam jika perlu.

Gambar yang diambil berhampiran tempat kejadian menunjukkan berpuluh-puluh anggota penyelamat sedang giat mencari mangsa tertimbus di lerengan gunung di wilayah Vorarlberg.

Pasukan anjing unit pengesan (K9) juga terlibat dalam operasi pencarian. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain