suria

Cukuplah! Lelaki ada 102 anak arahkan 12 isteri ambil pil perancang, tak mahu tambah zuriat

Musa mempunyai 568 cucu. foto Henry Wasswa/ Avalon

SEORANG lelaki yang mempunyai 102 anak bersumpah tidak mahu menjadi bapa lagi kerana bergelut untuk membesarkan anak-anaknya.

Musa Hasahya, 67, yang mempunyai 12 isteri, kini mengarahkan kesemua mereka untuk mengambil pil perancang.

"Saya tidak boleh bertolak ansur untuk ada anak lagi kerana sumber yang terhad. Atas dasar itu saya menasihatkan semua isteri saya yang subir supaya membuat perancangan keluarga.

"Saya juga tidak menggalakkan mereka yang ingin berkahwin lebih daripada empat isteri supaya tidak berbuat demikian kerana keadaan tidak begitu baik," katanya.

ramai anak 2

Musa bertungkus-lumus untuk mendidik anak-anaknya. foto Henry Wasswa / Avalon

Musa, yang juga mempunyai 568 cucu, tinggal di rumah yang mempunyai 12 bilik di Bugisa, Uganda.

Katanya, walaupun dia boleh membezakan anak dan cucunya, dia tidak mengenali mereka semua dengan nama.

ARTIKEL BERKAITAN: Meriah! Kahwini 39 wanita dan dikurniakan 94 anak, 33 cucu... lelaki berusia 74 tahun ini punyai keluarga terbesar di dunia

Dia berkahwin dengan isteri pertamanya, Hanifa pada 1971 ketika usianya 16 tahun selepas berhenti sekolah, dan menjadi bapa buat pertama kali dua tahun kemudian selepas isterinya melahirkan anak perempuan.

Sebagai ketua kampung dan ahli perniagaan, dia memutuskan untuk membesarkan keluarga kerana mempunyai wang dan tanah.

Bagaimanapun, dia kini meminta bantuan kerajaan dengan memberitahu dirinya bertungkus-lumus mendidik anak-anaknya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain