suria

Buaya mati kejung selepas tersilap baham pagar elektrik di zoo

Buaya maut direnjat pagar elektrik. -Gambar hiasan

PENJAGA zoo luluh hati selepas mendapati seekor buaya eksotik telah menemui ajal di dalam kandangnya.

Buaya Cuba yang dikategorikan sebagai haiwan terancam itu dipercayai tersilap melanggar dan membaham pagar elektrik di Zoo Negara dan Institut Pemuliharaan Biologi Smithsonian di Washington D.C., Amerika Syarikat.

Reptilia berusia 10 tahun yang dilahirkan di zoo itu dipercayai telah tertarik perhatian kepada pagar elektrik yang baru dipasang di habitat zoo tersebut dan menyerang infrastruktur berkenaan.

Buaya Cuba itu menetas pada tahun 2012 dan merupakan sebahagian daripada program pembiakan untuk spesies buaya itu bagi memulihkan bilangan populasinya yang semakin berkurangan.

Berdasarkan rekod setakat ini, hanya terdapat kira-kira 3,000 buaya Cuba baka tulen yang masih wujud di habitat liar.

Sepanjang hayatnya, buaya Cuba itu berada di dalam kurungan dan difahamkan ini adalah kali pertama ia menyerang pagar elektrik.

Pemeriksaan baru-baru ini ke atas buaya Cuba itu bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang masalah dalam kelakuan buaya Cuba tersebut.

Siasatan telah dijalankan terhadap kematian buaya itu pada 17 Disember, laporan patologi akan digunakan untuk menentukan secara muktamad punca kematiannya.

Sehingga punca kematian diketahui, kandang buaya itu akan dibiarkan kosong dan habitat di zoo telah itu akan dipasang dengan sistem pemutus elektrik.

“Pagar elektrik itu berada kira-kira 4.5 kaki dari tanah, lebih tinggi daripada pagar asal.

"Buaya Cuba sememangnya terkenal dengan tingkah laku agresif mereka, pagar elektrik itu menarik perhatian buaya dan ia menggigitnya sehingga akhirnya mati direnjat,” kata pihak Zoo Negara. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain