suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanya pengikut di Instagram bagaimana cara lupuskan mayat, remaja bunuh gadis 13 tahun ditahan polis

Polis menahan remaja lelaki berusia 16 tahun (gambar kecil) selepas dia menembak mati seorang gadis.

SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan selepas dia meminta bantuan pengikut Instagramnya untuk melupuskan mayat seorang gadis berusia 13 tahun, yang didakwa telah dibunuhnya.

Joshua Cooper, 16, dari Bensalem, Pennsylvania, Amerika Syarikat, menghantar video menunjukkan mayat yang berlumuran darah kepada rakannya menerusi laman sosial tersebut.

Rakan Cooper segera menghubungi polis selepas dia menerima mesej di Instagram daripada remaja tersebut.

Polis segera bergegas ke kediaman Cooper dan menemui mayat mangsa di atas lantai bilik mandi dan mempunyai kesan tembakan pada dadanya.

Cooper pada mulanya cuba melarikan tetapi pihak polis berjaya menangkapnya.

Cooper dilaporkan memberitahu polis bahawa insiden tersebut adalah 'satu kemalangan'.

Dia mendakwa sedang membersihkan peti besi milik bapanya dan mengeluarkan senjata api yang ada di dalamnya.

Dia kemudian menghabiskan waktu petang dengan mangsa, menonton televisyen sebelum menembaknya.

Cooper telah dinafikan ikat jamin dan dihantar ke Pusat Tahanan Juvana Edison. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain