suria

Air ketuban pecah, wanita lahirkan bayi di pekarangan Masjid Nabawi

Pasukan Bulan Sabit Merah Arab Saudi (SRCA) membantu proses kelahiran bayi tersebut.

SEORANG jemaah wanita yang mengalami kontraksi bersalin selamat melahirkan bayi perempuan di pekarangan Masjid Nabawi di Madinah, dengan bantuan Pasukan Bulan Sabit Merah Arab Saudi (SRCA).

Ketua Pengarah Cawangan SRCA, Dr Ahmed bin Ali Al-Zahrani berkata, pasukan sukarelawan yang bertugas di pusat ambulans di premis Al-Haram berjaya membantu wanita itu melahirkan anak dengan selamat.

Ahmed berkata, apabila pasukan itu tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati wanita tersebut mengalami kontraksi dan sudah hampir melahirkan bayi.

"Air ketubannya pecah dan kepala bayi sudah kelihatan," demikian menurut pasukan SRCA.

Pasukan itu bertindak mengikut protokol ketat dalam situasi sedemikian dan mula membantu wanita itu melahirkan anak.

Seorang pengamal kesihatan yang berada di lokasi tersebut turut menawarkan bantuan.

Wanita tersebut dan bayinya kemudian dipindahkan ke Pusat Kesihatan Bab Jibril untuk pemeriksaan lanjut.

Ujar Ahmed, pasukan tersebut menyambut kelahiran bayi berkenaan dengan selamat kerana menerima latihan bantuan perubatan khusus sebagai pengamal kesihatan. - Tribune.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain