suria

Dunia diserang alien, manusia lahir di makmal antara 5 ramalan Baba Vanga untuk 2023

Baba Vanga (tengah) merupakan salah seorang ahli mistik terkenal.

BAGI mereka yang percaya dengan ramalan masa depan, mesti kenal dengan nama Baba Vanga.

Vangeliya Pandeva Gushterova atau lebih dikenali sebagai Baba Vanga adalah salah seorang ahli mistik terkenal yang banyak membuat ramalan tentang masa akan datang.

Tidak dapat disahkan sama ada dia memang mempunyai kelebihan itu atau sebaliknya kerana tidak semua yang diramalnya betul-betul berlaku.

Apa yang pasti ramalan wanita buta itu kebanyakannya telah menakutkan dunia. Menjelang 2023 sudah ada ramalan untuknya!

Perang dunia ketiga

Kita semua sedar bagaimana Rusia memulakan pencerobohan tidak wajar terhadap Ukraine pada 24 Februari lalu dan sejak itu perang berterusan antara kedua-dua negara.

Menurut wanita itu, sebuah negara besar akan menggunakan senjata biologi.

Presiden Rusia Vladimir Putin telah beberapa kali memberi amaran terhadap penggunaan senjata nuklear, jadi apa yang diramal ada logiknya.

Memandangkan berlaku banyak kemusnahan dan kedua-dua negara belum mencapai perjanjian damai, kemungkinan perang dunia ketiga boleh berlaku.

Ribut matahari

Ahli mistik itu juga meramalkan bahawa akan berlaku ribut matahari yang akan menjejaskan dunia.

Serangan alien

Menurut laporan, ramalan seterusnya akan berlaku serangan makhluk asing. Ini akan berlaku apabila seluruh dunia akan diselubungi kegelapan, yang akan membawa kepada kematian berjuta-juta orang.

Letupan nuklear di Asia

Ramalan lain menyebut akan berlaku letupan nuklear di Asia yang akan mengeluarkan kepulan awan toksik melitupi benua Asia, mengakibatkan banyak negara terkena penyakit serius.

Manusia lahir di makmal

Dia juga menyebut tentang manusia akan dilahirkan di makmal. Ini bermakna setiap butiran, termasuk warna kulit dan setiap aspek fizikal, akan diputuskan. Pada asasnya, proses kelahiran akan dikawal sepenuhnya.

Dilahirkan pada tahun 1911, Vanga hilang penglihatan secara misteri pada usia 12 tahun semasa banjir besar.

Terdapat teori mengatakan dia ditiup angin puting beliung dan debu tanah menjadikannya buta seterusnya memberikan kuasa kepadanya untuk 'melihat' masa depan.

Vanga meninggal dunia pada 1996 pada usia 85 tahun dan telah meninggalkan ramalan sehingga tahun 5079.

Dia dilaporkan mempunyai kadar kejayaan 85 peratus dalam ramalannya.

Bagaimanapun harus diingat bagi penganut agama Islam, mempercayai sesuatu ramalan atau perkara karut adalah dilarang dan haram hukumnya! -India Times

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain