suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis... kanak-kanak perempuan maut digilis traktor dipandu bapa

Seorang bapa tidak sengaja menggilis anak perempuannya menggunakan traktor.

SEORANG bapa tidak sengaja menggilis anak perempuannya yang berusia dua tahun dengan sebuah traktor, mengakibatkan mangsa meninggal dunia serta merta.

Kemalangan ngeri itu berlaku di sebuah ladang di daerah Bowin, Chon Buri, Thailand, Khamis lalu.

Polis yang menerima maklumat mengenai kejadian tersebut segera ke lokasi bersama anggota pasukan penyelamat dan menahan bapa muda berusia 27 tahun itu.

Lelaki tersebut memberitahu penyiasat bahawa dia sebelum ini telah melarang anak perempuannya bermain di sekitar traktor dan menasihati mangsa agar menjauhinya ketika dia mengendalikan jentera tersebut.

Ketika kejadian, lelaki itu dikatakan menggunakan traktor tersebut untuk mengalihkan timbunan kotoran.

Akhbar Pattaya News melaporkan bahawa mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan sudah meninggal dunia ketika anggota pasukan penyelamat tiba.

Pegawai polis kemudian membawa suspek ke Balai Polis Bowin untuk menjalankan soal siasat.

Mayat mangsa yang dalam keadaan hancur dibawa ke hospital untuk bedah siasat. - The Thaiger.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain