SEORANG jururawat dari Amerika Syarikat tampil dengan dakwaan aneh, kononnya dia bertemu 'Tuhan' sewaktu sedang koma. Penny Wittbrodt, 52, dari Kentucky, sakit teruk dan mengalami kesukaran menelan dan bernafas sebelum dikejarkan ke hospital oleh anaknya. Ketika waktu tersebut, Wittbrodt mendakwa dia melihat rohnya meninggalkan jasad. Wanita tersebut juga mendakwa dia terdahulu ternampak cahaya terang, disusuli penampakan roh neneknya yang tiba-tiba muncul dan memberitahunya untuk 'bertenang'. Ketika bertemu 'Tuhan', Wittbrodt berkata dia mengadu mengenai kesusahan dan kesedihan yang dia dan keluarganya hadapi dalam hidup mereka. Dia juga meminta kepada 'Tuhan' untuk membenarkannya mengingati pengalaman tersebut sebelum dihidupkan semula. Wittbrodt mendakwa dia segera sembuh selepas tersedar daripada koma. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI