suria

Berang digelar penganggur, adik tikam punggung abang

Suspek (dua, kiri) ditahan kerana menikam abang kandung. foto Dok. Polsek Mataram Baru

SEORANG adik bertindak menikam abang kandung gara-gara digelar penganggur.

Dalam kejadian yang berlaku di Lampung Timur di Sumatera, Indonesia, mangsa mengalami kesan tikaman sedalam 1.5 sentimeter di punggungnya.

Ketua Polis Daerah Mataram Baru, Inspektor Pertama Rudy Apriyanto berkata, kejadian yang berlaku di Kampung Mataram Baru pada Sabtu.

"Suspek berusia 35 tahun merupakan adik mangsa,” kata Rudy ketika dihubungi, pada Isnin.

Rudy berkata, insiden bermula apabila mangsa menasihati adiknya supaya mencari kerja dan tidak hanya tinggal di rumah.

Suspek dikatakan tersinggung dengan nasihat abangnya yang menggelarkan dirinya sebagai penganggur.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkara berebut parkir kereta, seorang askar tikam jiran sebanyak enam kali

Susulan itu, suspek yang berang memukul dan mencekik mangsa sebelum pergaduhan itu dileraikan oleh isteri mangsa.

"Tiba-tiba suspek mengambil pisau dan menyerang isteri mangsa yang campur tangan, namun mangsa sempat menghalangnya.

"Mangsa yang cuba membantu isterinya terkena pisau suspek di bahagian punggung.

"Kesan tikaman sedalam 1.5 sentimeter di bahagian punggung kiri." kata Rudy sambil menambah suspek kemudian melarikan diri, manakala mangsa segera membuat laporan polis.

Menurut Rudy, suspek ditahan di rumah salah seorang saudaranya pada hari yang sama.

Polis turut merampas bukti sebilah pisau yang digunakan suspek untuk menikam mangsa. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

tilkam, punggung, penganggur, berang,

Artikel Lain