suria

Ratu Elizabeth II tulis surat rahsia, hanya boleh dibuka pada 2085

Surat tulisan tangan Ratu Elizabeth II, yang hanya boleh dibuka pada 2085.

MENDIANG Ratu Elizabeth II menulis surat yang disimpan di dalam sebuah peti kaca.

Surat tulisan tangan itu bagaimanapun diarahkan hanya boleh dibuka pada 2085.

Pada masa ini, kandungan surat tersebut tidak diketahui.

Surat itu diletakkan bersama sekeping nota di dalam peti kaca di Bangunan Queen Victoria di Sydney, Australia.

Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun, 6 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun

Kerabat diraja dan kakitangan serta penduduk di Sydney tidak mengetahui kandungan surat tersebut.

"Salam. Pada hari yang sesuai untuk dipilih oleh kamu pada 2085.

"Bolehkah kamu buka sampul surat ini dan sampaikan kepada warga Sydney," menurut nota itu.

Bangunan Queen Victoria dibuka pada 1898 dan dinamakan sebagai penhormatan kepada Ratu Victoria. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain