suria

Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun

Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun.

RATU Elizabeth II dilaporkan mangkat di sisinya di Istana Balmoral, Scotland pada 8 September.

Susulan itu tempoh berkabung negara selama 12 hari diisytiharkan sebagai penghormatan terakhir kepadanya yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun.

Baginda merupakan Ratu British yang paling lama memerintah iaitu bagi tempoh 70 tahun dan tujuh bulan.

Kemangkatan baginda berlaku dua tahun selepas suami tercinta Putera Philip yang mangkat di Istana Windsor pada usia 99 tahun.

Terdahulu, anggota keluarga diraja mula berkumpul di Istana Balmoral selepas doktor menyatakan kebimbangan tentang tahap kesihatan baginda.

Baginda sebelum itu menarik diri daripada Majlis Privy maya pada hari Rabu, sehari selepas melantik Liz Truss sebagai Perdana Menteri di rumahnya di Tanah Tinggi Scotland.

Menurut kenyataan Istana Buckingham, Ratu Elizabeth mangkat secara aman di Balmoral dan akan kembali ke London esok (9 September).

Ekoran kemangkatan Ratu Elizabeth II, anak sulungnya Charles, bekas Putera Wales akan mengetuai negara berkabung sebagai raja dan ketua negara baharu untuk 14 negara Komanwel. - Mirro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain