suria

Lelaki ‘tangkap’ isteri di bilik ada hubungan sulit dengan polis, skandal berstatus suami orang

Kedua-dua lelaki dan wanita yang 'ditangkap' berstatus isteri dan suami orang. -gambar hiasan

SEORANG wanita 'ditangkap' oleh suaminya sendiri, ketika bersama dengan seorang anggota polis di sebuah bilik .

Kegiatan itu terbongkar selepas suaminya yang berusia 44 tahun berasa curiga dengan sikap isterinya.

Kejadian berlaku di Warrang Sawitto di Pinrang di Sulawesi, Indonesia.

"Kami mengesyaki isteri saya mempunyai hubungan sulit. Berdasarkan maklumat yang kami terima, isteri saya tinggal selama seminggu dengan seorang anggota polis yang bertugas di Pinrang.

"Ketika pemeriksaan dilakukan, kami dapati kedua-duanya berada dalam sebuah bilik," katanya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajal dalam bilik hotel, suami orang maut selepas hubungan intim dengan teman wanita

Menurut lelaki itu, isterinya pada minggu lalu meminta anak mereka untuk menghantarnya ke wilayah Bone.

Setibanya di Bone, isterinya kemudian meminta anaknya pulang ke Pinrang.

Bagaimanapun, wanita itu kembali ke Pinrang dan tinggal bersama polis di sebuah bilik.

"Ketika serbuan dijalankan, anggota polis berkenaan melarikan diri dengan hanya memakai kain batik wanita itu.

Difahamkan, kejadian serupa berlaku beberapa kali sebelum ini.

"Sebenarnya kami bagi pihak keluarga (si isteri) telah mengetahui hal yang berlaku.

"Pihak keluarga pernah meminta anggota polis berkenaan untuk tidak berhubung lagi dengan isteri orang.

"Apatah lagi kedua-duanya sudah berstatus suami dan isteri orang," kata adik kepada wanita itu.

Sementara itu, Ketua Polis Pinrang, AKBP Moh Roni Mostofa ketika dihubungi berkata, beliau masih belum menerima laporan berhubung insiden tersebut. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain