suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Akhirnya bebas!” - Wanita hias rumah, siap pasang kain rentang rai penceraian

Kain rentang dan pelekat dipasang bagi meraikan penceraian.

SEORANG wanita telah mengejutkan jiran-jirannya dengan menghias bahagian luar rumahnya untuk meraikan penceraian.

Wanita tersebut yang menetap di Crystal Palace, London, memasang hiasan beserta kain rentang bertulis 'akhirnya bercerai'.

Selain itu, dia turut melekatkan pelbagai pelekat (sticker) di tingkap rumahnya bagi meluahkan rasa gembira kerana sudah 'bebas'.

Orang awam yang melalui kawasan hadapan rumah wanita tersebut sempat mengambil gambar dan berkongsi di laman sosial.

Perkongsian berkenaan mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen, malah ada yang menyokongnya dengan mengatakan 'kadang-kadang penceraian adalah lebih baik daripada perkahwinan! Tahniah puan!'

"Terus-terang saya rasa rumah itu kelakar. Saya telah melihat hiasannya bertukar hampir setiap bulan.

"Jika mereka gembira melakukannya, jadi mengapa orang lain perlu ambil peduli?", demikian antara komen netizen. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain