suria

Hospital kecoh! Gajah tiba-tiba muncul, siap ronda buat ‘pemeriksaan mengejut’

Gajah berkenaan siap masuk ke dalam bangunan hospital seolah-olah sedang melakukan 'pemeriksaan mengejut'.

SUASANA di sebuah hospital tentera di Jalpaiguri, India bertukar kecoh apabila dua ekor gajah muncul secara tiba-tiba di dalam kawasan tersebut.

Haiwan berkenaan selamba berjalan di koridor dan bahagian dalam hospital, sekaligus membuatkan orang ramai terkejut.

Pegawai Perkhidmatan Hutan India, Susanta Nanda turut berkongsi video dan beberapa gambar ketika gajah berkenaan melakukan 'kunjungan' ke hospital tersebut.

Dilaporkan, haiwan itu turut merosakkan dinding hospital serta beberapa perabot.

Video aksi haiwan tersebut dimuat naik di media sosial dan mengundang reaksi lucu daripada netizen.

Ada yang mengatakan kemungkinan gajah berkenaan merupakan salah seorang 'pesakit' yang mahu mendapatkan rawatan.

"Ia adalah lawatan pemeriksaan mengejut untuk memeriksa sama ada semuanya baik-baik saja di hospital," tulis seorang pelayar yang lain pula. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain