suria

Kahwin sorok-sorok, lelaki cabut lari tinggalkan pengantin perempuan selepas isteri pertama serbu majlis bersama polis

Pengantin lelaki berkenaan 'cabut lari' selepas ternampak kelibat isteri pertama hadir ke majlis perkahwinannya. Gambar hiasan

SEORANG lelaki yang sedang meraikan majlis perkahwinannya melarikan diri dan meninggalkan pengantin perempuan, selepas ternampak kelibat isteri pertamanya yang hadir ke majlis tersebut.

Dalam kejadian yang berlaku di Hyderabad, India, lelaki bernama Syed Nazeer sedang meraikan perkahwinan keduanya.

Tidak lama kemudian, isteri pertamanya tiba di kaunter penyambut tetamu bersama polis.

Difahamkan, Syed tidak memaklumkan isteri pertamanya, Dr Sana Samreen, mengenai perkahwinan keduanya itu.

Sebaik sahaja Syed melihat Sana hadir bersama pegawai polis, lelaki itu panik dan melarikan diri melalui pintu masuk belakang.

"Adik saya berkahwin dengan Syed sejurus selepas lelaki itu pulang dari New Zealand pada 2019. Semasa tempoh penutupan akibat Covid-19, dia terperangkap di sini, dan kami yang menanggung perbelanjaannya.

"Bagaimanapun, dia menuntut Rs 15 lakh (RM84,774) dari keluarga kami dan kami tak mampu. Dia kemudian mula menjauhkan diri daripada adik saya," kata abang Dr Sana, Abdul Waheed.

Polis bagaimanapun tidak mempunyai petunjuk mengenai keberadaan Syed. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain