suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah daki gunung berapi, tentera maut selepas terjatuh dari ketinggian 4.5 meter

Gil maut ketika cuba mendaki gunung berapi Pichincha.

SEORANG lelaki maut ketika cuba mendaki gunung berapi Pichincha setinggi 15,000 kaki (4,572 meter) berhampiran Quito di Ecuador, Ahad lalu.

Gil Banks, 25, yang berasal dari London dikatakan sedang bercuti di Amerika Selatan selepas menamatkan perkhidmatan ketenteraan.

Kematiannya disahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Israel di Ecuador ketika dia cuba mendaki salah satu puncak gunung berapi tersebut iaitu Ruku.

Terdahulu, letupan gunung berapa pada tahun 1660 menyaksikan 12 inci (50.8 sentimeter) abu menutupi landskap.

Pendakian pertama yang direkodkan adalah pada tahun 1582 oleh sekumpulan penduduk tempatan yang diketuai oleh José Ortiguera. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain