suria

Kamera depan iPhone 14 lebih canggih, Apple dijangka perkenal 4 model baharu tahun ini... Betul ke harga pun naik?

Apple dijangka mengumumkan sebanyak empat model tahun ini. Foto: India Today.

MAKLUMAT bocor terbaharu mendakwa Apple bakal mengeluarkan model iPhone 14 dengan keupayaan kamera depan lebih baik.

Laporan ET News mendakwa Apple telah bekerjasama dengan LG Innotek dan meninggalkan sebuah syarikat China untuk menggunakan lensa kamera high-end pada telefon keluarkan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: iPhone 13 bakal dilancarkan, remaja usia 16 tahun mengaku giat kumpul duit - “Saya sanggup buat apa saja kerja rumah demi upah”

Laporan itu menegaskan bahawa Apple juga mempunyai beberapa isu kualiti dengan pembekal China.

Apple dijangka mengumumkan sebanyak empat model tahun ini dan kesemuanya dikatakan mempunyai autofokus serta apertur f/1.9 yang lebih luas untuk rakaman gambar yang lebih cerah.

Ini adalah sesuatu yang juga didakwa oleh penganalisis Ming Chi Kuo baru-baru ini dan menegaskan bahawa peningkatan ini akan menawarkan kedalaman yang lebih baik dalam tangkapan potret.

Penambahan autofokus juga akan membantu meningkatkan fokus semasa panggilan video.

Sekiranya laporan itu benar, LG Innotek dikatakan telah mula bersiap untuk pengeluaran besar-besaran kamera hadapan iPhone 14.

Apple berkemungkinan menaikkan harga siri iPhone 14,

Tahun lepas, syarikat itu melancarkan iPhone 13 pada harga yang sama seperti versi sebelumnya.

Tetapi, Apple dijangka akan menaikkan harga siri iPhone 14 berikutan perubahan reka bentuk radikal dan kamera yang dinaik taraf.

Tahun ini, syarikat itu dilaporkan merancang untuk melangkau model mini dan memperkenalkan model iPhone 14 Max baharu yang mungkin aktif kepada mereka yang mahukan paparan lebih besar dan bukan peminat paparan kompak. - India Today.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain