suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluar awal pagi, lelaki ini tiba di lapangan terbang 13 jam sebelum waktu berlepas

Tim Samunyai tiba 13 jam lebih awal di Lapangan Terbang Manchester. foto MEN Media

SEORANG penumpang membuat keputusan dengan tiba di lapangan terbang 13 jam lebih awal dari jadual penerbangannya.

Tindakan Tim Samunyai sebagai persediaan bagi mengelakkan huru-hara ekoran kekurangan kakitangan di lapangan terbang di United Kingdom (UK).

Lelaki berusia 56 tahun berkenaan tiba 13 jam lebih awal untuk menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Manchester.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki bawa diri selepas bergaduh dengan keluarga, lebih sedekad menetap di lapangan terbang

Dia yang berasal dari Coventry tiba di lapangan terbang pada pukul 5.40 pagi Ahad untuk penerbangan ke Zimbabwe pukul 6.55 petang.

Namun, penantiannya berbaloi kerana dia berdepan dengan keadaan yang lebih tenang dan tidak membebankan.

"Saya fikir jika saya datang ke sini awal maka saya tidak perlu melalui dengan kesibukan di sana," katanya kepada Manchester Evening News.

"Saya mempunyai beberapa roti sosej dan saya mempunyai dua roti stik.

"Saya mempunyai buku motivasi untuk dibaca dan ada juga tablet.

"Tempoh 13 jam agak lama, tetapi saya lebih suka datang awal," katanya. - Metro

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain