suria

Macam dalam drama! Penyeludup tolak lembu keluar dari lori ketika dikejar polis

Penyeludup menolak keluar lembu (dalam bulatan) ketika insiden kejar-mengejar.

MACAM dalam drama! Itulah yang boleh digambarkan terhadap insiden kejar-mengejar antara polis dan juga sekumpulan penyeludup lembu.

Pada mulanya, adegan kejar-mengejar itu melibatkan penyeludup yang memandu sebuah lori dengan penjaga haiwan berkenaan yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV).

Penyeludup tersebut tetap enggan berhenti meskipun tayar lori yang dinaiki mereka kempis gara-gara terkena tembakan.

Lebih mengejutkan, mereka sanggup menolak keluar dua ekor lembu dari lori yang sedang bergerak laju.

Bagaimanapun adegan kejar-mengejar berakhir selepas 22 kilometer, di mana penyeludup berkenaan akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pasukan polis.

Lima individu yang menjadi dalang insiden penyeludupan lembu kemudian ditahan.

Polis menambah, dua daripada tujuh ekor lembu yang cuba diseludup menggunakan lori cedera selepas ditolak keluar dari kenderaan itu ketika insiden kejar-mengejar.

Difahamkan, kesemua lembu cuba diseludup ke Mewat dari Delhi untuk disembelih.

Video kejar-mengejar itu tular di media sosial dan meraih lebih 47,000 tontonan. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain