suria

Mulut macam manusia, haiwan laut persis makhluk asing ditemui terdampar di pantai

Saksi turut berkongsi gambar haiwan itu dengan komuniti biologi marin menerusi laman Reddit.

SEEKOR haiwan laut misteri yang mempunyai mulut seperti manusia ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia.

Menurut Drew Lambert, dia terjumpa haiwan itu ketika sedang berjalan di pusat peranginan popular, Pantai Bondi pada 5 April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bangkai memenuhi kawasan pantai, punca ribuan ikan naik ke darat terus jadi misteri

Ujarnya, dia terkejut melihat kehadiran haiwan persis makhluk asing itu.

Pada masa sama, dia turut merakam beberapa keping gambar sebelum berkongsi mengenainya dengan komuniti biologi marin menerusi laman Reddit.

Selain penemuan haiwan yang memiliki mulut manusia, seorang nelayan turut mendedahkan penemuan seekor ikan seperti naga pada minggu yang sama.

Roman Fedortsov berkata, haiwan aneh itu ditemui di pinggir laut Tromsø, Norway, baru-baru ini. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain