suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu paksa anak gadis layan nafsu bapa tiri, pasangan durjana akhirnya dipenjara

Kata polis, pelaku telah berulang kali melakukan hubungan seks dengan anak tirinya. Foto: SHUTTERSTOCK.

PASANGAN suami isteri durjana!

Mungkin itulah gelaran tepat untuk menggambarkan tindakan keji seorang wanita, yang tergamak menyuruh anak perempuannya untuk melakukan hubungan seks dengan bapa tiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Rogol isteri rakan sarat mengandung, lelaki dipenjara 15 tahun

Wanita berusia 41 tahun itu didakwa memaksa anak perempuannya yang berusia 17 tahun untuk melakukan hubungan terkutuk dengan suaminya sendiri.

Kejadian malang itu berlaku di Desa Geringging Baru, Riau, Indonesia.

Dalam perkembangan terbaharu, pasangan suami-isteri itu telah meringkuk dalam penjara atas perbuatan jijik mereka.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kuansing (Kasatreskrim) AKP Boy Marudut Tua berkata, pelaku telah berulang kali melakukan hubungan seks dengan anak tirinya.

Mangsa merupakan anak kandung kepada wanita itu.

Pelaku pula merupakan suami baharu wanita tersebut dan mereka baru sahaja berkahwin tiga bulan lalu.

"Mereka berdua mengaku sebagai pasangan suami isteri, tetapi tidak ada dokumen nikah. Nikah hanya pengakuan," kata Boy dalam keterangan tertulis kepada wartawan, Sabtu.

Menurut polis, kejadian berlaku apabila lelaki itu mengajak isterinya melakukan hubungan seks.

Wanita itu menolak permintaan suaminya atas alasan sakit.

Lebih jijik, dia menyuruh anaknya melayan nafsu suaminya itu. - Kompas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain