suria

Tonton filem King Kong secara 'real', ibu bimbang anak tak rasa takut sebenarnya 'psychopath'

Monyet berkenaan dilihat menghempas burung pada sisi tiang

UMPAMA menonton filem King Kong.

Demikian gambaran Bec Adamson, 32, yang melihat seekor monyet memanjat tiang dan menangkap burung camar yang sedang terbang di kawasan berhampiran Zoo Chester, England.

Kejadian ngeri itu disaksikannya bersama anak lelakinya yang berusia lima tahun, Dominik ketika mereka keluar bersiar-siar.

ARTIKEL BERKAITAN: Yak Face dibida pada harga tinggi, koleksi Star Wars tahun 70-an masih jadi buruan pengumpul

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan selepas pembedahan eksperimen, penerima pertama jantung babi akhirnya meninggal dunia

Menurutnya, burung yang ditangkap monyet itu kemudiannya dihempas berkali-kali pada sisi tiang berkenaan sehingga mati.

"Burung tersebut mati kira-kira lima minit selepas dihempas dengan kuat. Saya melihat monyet tersebut menjilat darah burung yang mengalir di jarinya.

"Kemudian monyet itu melepaskan burung yang sudah mati ke tanah dan turun dengan cepat bagi mendapatkan bahagian dalaman bangkai itu," katanya.

Kelihatan burung camar lain terbang mengeliling monyet berkenaan.

Kelihatan burung camar lain terbang mengeliling monyet berkenaan.

Sementara itu, Cheshire yang juga ibu Dominik menyatakan kebimbangan kerana dia mungkin membesarkan anak yang mempunyai gangguan mental (psychopath).

Ujarnya, ia berikutan Dominik tidak memberi tindak balas takut atau gerun selepas melihat kejadian ngeri berkenaan.

"Perkara itu sepatutnya menggerunkan dia. Kalau saya seumurnya, saya akan berasa sangat takut, sebab itu saya merasakan saya membersarkan psychopath," ujarnya sambil menambah seolah-olah menyaksikan filem King Kong secara langsung. - Metro

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

psychopath, psycho, filem King Kong,

Artikel Lain