suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelukis sanggup guna najis hasilkan karya, akui mahu menghina Presiden Rusia

Karya Dominic dihasilkan menggunakan campuran najis anjingnya dan lumpur.

SEORANG artis Britain melukis potret Vladimir Putin menggunakan tahi anjing sebagai tanda protes Presiden Rusia itu.

Tindakannya itu juga dikatakan untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa perang di Ukraine.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan selepas pembedahan eksperimen, penerima pertama jantung babi akhirnya meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Bau hancing, penuh timbunan sampah... pemilik terkejut penyewa turut ternak pelbagai haiwan berbisa dalam rumah

Dominic Murphy dari Welwyn Garden City, Hertfordshire, England mencipta karya itu dengan bantuan anjingnya Sybil dan menamakannya 'Poo-tin's a S**t'.

Dominic yang terkenal dengan lukisan watak Alice in Wonderland menyatakan, karya baharunya itu adalah hasil daripada konflik Ukraine-Rusia.

"Saya tidak mahu berselindung lagi, apa yang dilakukan ini adalah untuk menghina tindakan Putin di samping mengumpul dana untuk warga Ukraine.

"Lukisan ini adalah campuran najis anjing saya dengan lumpur. Ia kemudian divarnis sebanyak 30 kali bagie mengelakkan orang ramai menghidu bau busuk.

"Saya sangat gembira melakukannya kerana boleh menghina Putin sambil mengumpul wang untuk rakyat Ukraine," ujarnya.

Dominic mendakwa karya peliknya itu mendapat sambutan ramai yang mana cetakan pertama dijual pada harga £150 (RM823.33).

Cetakan seterusnya boleh dibeli di laman webnya atau di gerainya di Pasar Hatfield dengan harga £40 (RM219.55).

Sehingga kini, dia berjaya mengumpulkan £500 (RM2,744.42). - Star daily

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain