suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penumpang bikin kecoh dakwa serangan picagari, pesawat terpaksa mendarat cemas

Beberapa penumpang cuba mengawal keadaan selepas berlaku kekecohan dalam pesawat.

SEBUAH pesawat terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas seorang penumpang lelaki didakwa menjerit bahawa wanita di belakangnya cuba menyuntiknya menggunakan picagari.

Kekecohan itu berlaku semasa penerbangan Frontier Airlines dari Lapangan Terbang LaGuardia di New York ke Orlando di Amerika Syarikat.

Seorang penumpang dilaporkan mengadu bahawa terdapat penumpang lain cuba menyerangnya menggunakan picagari dari arah belakang.

Memetik laporan Mail Online, pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Durham.

Lelaki berkenaan kemudian dibawa keluar dari pesawat untuk dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam kejadian itu, beberapa penumpang lelaki cuba menahan lelaki berkenaan.

Rakaman berhubung kejadian tular di media sosial, menunjukkan sekurang-kurangnya enam penumpang mengerumuni lelaki tersebut bagi memastikan keadaan terkawal. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain