suria

Jet peribadi terhempas, YouTuber umur 22 tahun antara yang meninggal

Pesawat dinaiki Josh ditemui dalam sebuah tasik di Iceland.

YOUTUBER terkenal Josh Neuman meninggal dunia dalam nahas pesawat pada 3 Februari lalu.

Jet peribadi yang dinaiki Josh hilang selepas berlepas dari Reykjavik, Iceland dan ditemui terhempas dalam Tasik Thingvallavatn, beberapa hari kemudian.

Selain YouTuber berusia 22 tahun itu, tiga lagi individu turut maut dalam nahas berkenaan.

Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan kapal selam dan teknologi sonar dalam operasi berkenaan.

Tasik Thingvallavatn merupakan tasik kedua terbesar di Iceland yang memiliki kedalaman 48 meter.

Keluarga Josh turut mengeluarkan satu kenyataan yang mengesahkan kejadian tersebut.

Untuk rekod, Josh yang memiliki lebih sejuta subscribers di YouTube menaiki pesawat itu untuk ke Cessna bagi membuat rakaman kempen fesyen.

Dia juga merupakan pemain papan selaju popular di negaranya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain