suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki terima gigi palsu dibuangnya di negara lain 11 tahun lalu, apa sebenarnya berlaku?

Paul Bishop memegang gigi palsu yang dibuangnya 11 tahun lalu. foto Daily Mirror/ Andy Stenning

SEORANG lelaki dikejutkan dengan penghantaran gigi palsu miliknya yang dibuang ke dalam tong sampah di Sepanyol, 11 tahun lalu.

Insiden pelik itu berlaku pada Paul Bishop yang berusia 63 tahun apabila menerima gigi palsu tersebut di pintu rumahnya.

Malah, bungkusan tersebut juga mempunyai cap pos Sepanyol.

Kali terakhir dia memakai gigi palsu tersebut ketika meraikan hari jadi rakannya di Sepanyol pada 2011.

Namun dalam satu insiden yang menyebabkan dirinya mabuk, gigi palsunya kemudian dibuang ke dalam tong sampah.

Dia kemudian membeli set gigi palsu baharu sekembalinya ke United Kingdom, tetapi polis Sepanyol berjaya menjejaki pemilik sebenar gigi palsu itu menerusi sampel DNA.

Atas sebab yang tidak diketahui, lelaki berkenaan menyerahkan sampel DNA miliknya kepada polis Britain 15 tahun lalu, namun dia menegaskan tidak mempunyai rekod jenayah. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain