suria

Penyampai menangis teresak-esak, gagal tahan air mata ketika lapor kisah Rayan

Seorang penyampai wanita gagal menahan sebak ketika membaca laporan mengenai kes Rayan.

SEORANG penyampai berita gagal menahan sebak ketika membaca laporan mengenai kes kanak-kanak Maghribi, Rayyan Awram yang terperangkap dalam perigi sedalam 32 meter.

Personaliti televisyen itu dilihat menangis teresak-esak gara-gara terlalu hiba dengan laporan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Seluruh dunia kirim doa, rakyat Malaysia tumpang sedih atas pemergian kanak-kanak Maghribi- “Berehatlah adik Rayan di syurga”

Sedutan video mengenai penyampai wanita itu turut dikongsi ke aplikasi TikTok sehingga meraih 2.9 juta tontonan.

Terdahulu pada Ahad pagi, Istana Diraja Maghribi mengesahkan kanak-kanak berusia lima tahun itu telah meninggal dunia.

Raja Maghribi, Raja Mohammed VI membuat panggilan telefon kepada ibu bapa Rayan, Khaled Awram dan Wassima Khersheesh, untuk mengucapkan takziah kepada keluarga atas kematian tragis kanak-kanak tersebut, kata pihak istana dalam satu kenyataan.

rayan6

Istana Diraja Maghribi pada Ahad pagi mengesahkan kanak-kanak berusia lima tahun itu telah meninggal dunia.

Rayan terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen, sejak petang Selasa.

Pasukan penyelamat berusaha tanpa henti bagi menyelamatkannya termasuk membawa masuk jentolak untuk menggali tanah yang membolehkan mereka memasuki ke dalam untuk menyelamatkan kanak-kanak malang itu.

Rayan meninggal dunia sebelum pasukan penyelamat berjaya membawanya keluar dari lubang perigi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain