suria

Penduduk cemas, operasi menyelamat budak 5 tahun jatuh perigi sedalam 30 meter diteruskan

Operasi menyelamat Rayyan dengan menggali lubang diteruskan. foto AP

PASUKAN penyelamat berusaha tanpa henti bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 30 meter di sebuah perkampungan Maghribi, sejak tiga hari lalu.

Operasi menyelamatkan kanak-kanak bernama Rayan itu mencapai tahap kritikal pada Jumaat.

Seluruh rakyat Maghribi dan penduduk di Afrika Utara cemas menyaksikan siaran langsung operasi menyelamat itu.

Rayan terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen, sejak petang Selasa.

rayan

Rayan terperangkap dalam perigi sejak Selasa. foto Twitter

Pasukan penyelamat membawa masuk jentolak untuk menggali tanah yang membolehkan mereka memasuki ke dalam untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, mereka bimbang sama ada bahagian perigi atau struktur tersebut akan runtuh sebelum mereka tiba ke lokasi.

Menurut agensi berita Maghreb Arabe Presse, proses penggalian kini di peringkat akhir.

Operasi itu dihentikan buat sementara pada Jumaat malam waktu tempatan, tetapi pasukan penyelamat menyambung semula proses tersebut selepas dianggap selamat untuk meneruskannya. - New York Times

Artikel Lain