suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja autisme mati lemas selepas kalah main ‘batu, gunting, kertas’

Seorang remaja mati lemas selepas terjun ke dalam takungan air. foto Yorkshire Live/MEN MEDIA

SEORANG remaja mati lemas dalam takungan air yang beku selepas kalah dalam permainan 'batu gunting kertas', menurut pendengaran inkues.

Walaupun tidak pandai berenang, Sam Haycock, 16, dari Rotherham, Yorkshire di United Kingdom (UK) memenuhi janji bahawa yang kalah perlu terjun ke Takungan Ulley, dalam kejadian pada 28 Mei tahun lalu.

Dia dan beberapa rakan meraikan akhir penggal persekolahan di tepi takungan.

Menurut laporan YorkshireLive, mereka akhirnya bersetuju untuk dua daripada mereka bermain bagi memutuskan siapa yang akan terjun dahulu.

Sam yang kalah dalam permainan itu nekad terjun tetapi kemudian mulai panik, sebelum seorang lagi rakan cuba untuk menyelamatnya tetapi gagal.

Selain tidak pandai berenang, Sam juga disahkan menghidap autisme dan bergantung kepada keperluan perubatan kompleks lain.

Perkara tersebut diumumkan dalam inkues di Mahkamah Koroner Doncaster.

Dalam kejadian lain, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun, Khizar Hayat maut dalam takungan sama empat bulan kemudian selepas terjun dari jambatan, dengan inkues awal minggu ini memutuskan punca kematian disebabkan lemas. - Metro UK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain