suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hidup dalam ketakutan berakhir, buaya lebih 4 meter ditembak mati sebelum dimakan

Doug menunjukkan bangkai buaya gergasi. foto facebook / DynamicOutdoorsTV

KETAKUTAN terhadap seekor buaya besar berakhir selepas seorang pemandu pemburu profesional, Doug Borries menembak binatang gergasi itu.

Terdahulu, banyak misteri kehilangan haiwan ternakan berhampiran tasik di Okeechobee County, Florida di Amerika Syarikat (AS).

Doug berkata, penternak yang memiliki tanah itu mengesyaki seekor buaya telah membaham anak-anak lembunya.

Semakin membesar reptilia itu, tambahnya, mereka semakin bimbang tentang keselamatan masing-masing.

Doug menembak mati haiwan tersebut di mana panjangnya lebih 13 kaki (4 meter) dan seberat 406 kilogram.

Menurut Doug, usia buaya gergasi itu dianggarkan kira-kira 80 tahun.

Katanya, bangkai buaya itu dibawa keluar dari tasik, sebelum disiat kulit dan memakan haiwan berkenaan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain