KESEMUA 28 penumpang dan anak kapal terkorban dalam nahas pesawat yang terhempas di timur Rusia, menurut pihak berkuasa. Pesawat Antonov An-26 dalam penerbangan dari Petropavlovsk-Kamchatsky ke Palana, di semenanjung Kamchatka ketika terputus hubungan dengan kawalan trafik udara. Pesawat berkenaan dipercayai terhempas di tebing laut sewaktu ia hendak mendarat dalam keadaan jarak penglihatan yang terhad disebabkan cuaca buruk. ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat bawa 28 penumpang, anak kapal terhempas di laut Rusia Bangkai pesawat ditemui kira-kira lima kilometer dari landasan di mana ia sepatutnya mendarat. Gabenor Kamchatka, Vladimir Solodov berkata, bangkai utama pesawat itu dijumpai di pantai, sementara serpihan lain ditemui di laut berdekatan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Pegawai berkata, seorang kanak-kanak berusia enam tahun merupakan antara penumpang, termasuk ketua kerajaan tempatan Palana, Olga Mokhireva, 42. Juruterbang yang membawa pesawat itu adalah Dmitry Nikiforov, bersama pembantu juruterbang Alexander Anisimov, 27. Siasatan dilancarkan bagi mengenal pasti punca nahas. - Metro UK Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!