KEMALUAN seorang lelaki digigit ular sepanjang 1.8 meter ketika duduk untuk membuang air di tandas rumahnya, menurut polis. Mangsa berusia 65 tahun itu dilaporkan pergi ke bilik air pada kira-kira pukul 6 pagi sebelum digigit ular di kediamannya di Graz, Austria pada Isnin. Keadaan itu membuatkan dia segera bangun dari tandas dan melihat seekor ular sawa albino sedang merenung ke arahnya. Reptilia itu dipercayai kepunyaan jirannya berusia 24 tahun dan mungkin terlepas masuk melalui saluran pembetung di blok apartmennya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Pasukan kecemasan menghubungi pakar ular untuk membawa keluar ular berkenaan dari tandas, dibersihkan dan dikembalikan kepada pemiliknya. Lelaki berkenaan dirawat di hospital kerana cedera ringan. Polis mengesahkan jiran berusia 24 tahun yang merupakan pemilik ular itu didakwa kerana mengakibatkan kecuaian dan menyebabkan kecederaan. - Mirror Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!