suria

Berani buat aksi ‘stunt’ sambil rekod video, ‘Superman’ dilanggar bas

Luiz Ribeiro de Andrade cuba menghentikan bas menggunakan tangan namun malangnya dia dilanggar kenderaan tersebut.

TIDAK dapat dinafikan, ramai yang obses dengan watak superhero sehingga cuba meniru kerana terikut-ikut aksi 'stunt' seperti di dalam filem.

Begitu juga dengan seorang pelawak, Luiz Ribeiro de Andrade yang cuba melakukan aksi berbahaya sambil membuat rakaman video.

Mengenakan sut 'Superman', pelawak itu dengan beraninya berdiri di tengah jalan di Barra dos Coqueiros, Brazil dan cuba menunjukkan 'kekuatannya' yang kononnya dapat menghentikan kenderaan menggunakan tangan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Malang tidak berbau apabila sebuah bas yang sedang bergerak terlanggar Andrade sehingga dia terdorong ke hadapan.

Pelawak itu bagaimanapun bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Malah dia kembali meneruskan rakaman. - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain