suria

Disangka meninggal dunia akibat Covid-19, wanita pulang ke rumah selepas 2 minggu upacara pembakaran mayat

Berita mengenai Muktyala (kanan) mendapat liputan meluas. foto newindianexpress

SATU keluarga di India digemparkan dengan kepulangan seorang ahli keluarga mereka yang kononnya disahkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Wanita itu yang merupakan ahli keluarga pulang ke rumah dua minggu selepas 'upacara pembakaran mayatnya'.

Keluarga Muktyala Girijamma pada 15 Mei lalu dimaklumkan bahawa wanita itu meninggal dunia akibat Covid-19, namun prosedur operasi standard (SOP) menyebabkan mereka hanya boleh melihat jasad yang dibungkus dengan plasti dari jauh sebelum proses pembakaran.

Bercakap kepada pemberita, anak saudara lelaki kepada wanita berusia 60 tahun itu. Nagu berkata, mereka melawatnya di Hospital Umum Vijayawada dan dimaklumkan Muktyala telah meninggal dunia.

"Doktor bertugas pada hari berkenaan gagal memaklumkan kepada bapa saudara saya bahawa Muktyala telah dipindahkan ke wad lain, sebaliknya memberitahu dia meninggal dunia akibat Covid-19.

"Kami yang mempercayai perkhabaran itu pergi ke bilik mayat untuk mencari jasadnya, di mana kami telah ditunjukkan jasad wanita lain.

"Disebabkan kami tidak dapat mengesahkan jasad sebelum ia dibungkus, kami kemudian membawa jasad itu pulang ke rumah dan melakukan penghormatan terakhir," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Keluarga itu kemudian menyerahkan jasad itu untuk upacara pembakaran mayat.

Namun sekarang, Nagu berkata: "Kami tidak tahu jasad siapa yang kami lakukan untuk upacara pembakaran mayat."

Muktyala pulang ke rumahnya di kampung Christianpet di Jaggaiahpet Mandal di daerah Krishna pada 2 Jun. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain