suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Langgar perintah ‘lockdown’, lelaki ditahan polis beri alasan mahu ke klinik haiwan kerana ayamnya ‘sembelit’

Lelaki ini ditahan kerana melanggar perintah lockdown dan memberikan alasan mahu membawa ayamnya ke klinik haiwan.

DENGAN gelombang kedua Covid-19 yang melanda India ketika ini, kerajaan menguatkuasakan perintah berkurung (lockdown) di kebanyakan bandar di negara tersebut.

Rakyat hanya dibenarkan keluar dari kediaman mereka untuk urusan yang penting sahaja.

Baru-baru ini, seorang lelaki ditahan polis di bandar Gadag Karnataka kerana melanggar perintah lockdown yang sedang dikuatkuasakan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ketika polis bertanya alasannya mengingkari peraturan yang ditetapkan, lelaki tersebut selamba mengatakan ayamnya mengalami masalah sembelit dan perlu dirawat di klinik haiwan.

Alasan tersebut serta merta membuatkan pihak polis pecah perut, sebelum menghantar lelaki itu kembali ke rumah. - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain