suria

Kelibat aneh seperti makhluk asing berjalan seorang diri waktu malam cetus tanda tanya ramai

Kelibat makhluk aneh yang berjalan seorang diri dirakamkan di Hazaribagh, Jharkhand, India.

MEDIA sosial kecoh apabila rakaman satu sosok lembaga yang tiggi dan kelihatan seperti makhluk asing yang sedang berjalan seorang diri ketika waktu malam, menjadi tular.

Difahamkan kejadian tersebut dirakamkan di Hazaribagh, Jharkhand, India.

Video tersebut dimuat naik di Twitter dengan kapsyen: "Video ini dari Hazaribagh, Jharkhand, mendakwa makhluk yang ditunjukkan dalam video ini adalah alien dan viral dengan pantas, tidak ada yang berkata ia palsu atau tidak benar tetapi sangat nyata. Adakah mereka benar-benar tiba (di bumi) atau hanya khabar angin?"

Kelihatan beberapa penunggang motosikal melintasi lembaga berkenaan, dan ada yang mengambil kesempatan berhenti dan merakam video.

Lembaga tersebut turut kelihatan berhenti berjalan selepas menyedari dirinya menjadi perhatian, namun kemudian meneruskan perjalanannya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Rata-rata netizen cuba menyiasat keaslian video tersebut, dengan ada di antara mereka menggelarkannya makhluk asing, tukang sihir atau hantu.

Sehingga kini belum ada sebarang pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai perkara tersebut. - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain