suria

Gempar mayat lelaki ditemui dalam patung dinosaur gergasi

Mayat seorang lelaki ditemui dalam sebuah patung dinosaur. foto Newsflash

MAYAT seorang lelaki ditemui terperangkap dalam sebuah patung dinosaur gergasi.

Pasukan penyiasat percaya lelaki berusia 39 tahun itu maut ketika cuba untuk mencari telefonnya, sebelum terjatuh ke dalam patung itu dan terperangkap.

Namun, tidak ada petunjuk yang jelas mengenai bagaimana mangsa memasuki patung tersebut.

Bau busuk dari patung dinosaur di pinggir bandar Santa Coloma de Gramenet di Barcelona, Sepanyol disedari oleh seorang bapa dan anak lelaki pada Sabtu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

BBC News melaporkan bahawa berdasarkan pemeriksaan secara dekat, si ayah mendapati terdapat mayat menerusi belakang kaki patung haiwan itu.

Dia kemudian menghubungi polis yang mengatakan keluarga lelaki itu melaporkan kehilangannya dan difahamkan tiada orang lain terlibat dalam kematiannya.

Menurut akhbar Diari de Girona, keluarga lelaki itu terputus hubungan dengan mangsa selama dua hari sebelum melaporkan kehilangannya.

Pihak berkuasa sedang menunggu hasil bedah siasat untuk menentukan punca kematian mangsa. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain