suria

Selera aneh, ahli bina badan nikahi patung ayam... akui terima layanan buruk

Kisahnya yang sebelum ini yang berkahwin dengan patung seks perempuan ternyata mencuri tumpuan ramai.

LAIN manusia, lain ragamnya.

Begitulah kisah mengenai seorang ahli bina badan dari Kazakhstan, Yuri Tolochko yang mempunyai 'selera' aneh.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kisahnya sebelum ini yang berkahwin dengan patung seks perempuan ternyata mencuri tumpuan ramai.

Selepas 'bercerai' dengan patung itu, dia kini menjalin hubungan dengan patung berbentuk ayam.

Ujar atlet itu, dia berhadapan dengan diskriminasi dalam kerjaya akibat kisah peribadinya.

Dia pada 11 Mac lalu berkongsi foto patung permainan separa ayam separa manusia dikenali sebagai Lola yang juga cinta hatinya.

"Biar saya perkenalkan isteri baharu saya," ujarnya di Instagram sehingga meraih perhatian ramai. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain