suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak hirau amaran lockdown, wanita ini mengaku keluar rumah untuk ‘buru’ lelaki kacak

Kes itu dibawa ke mahkamah dan dia akhirnya didenda £339 (RM1,925). Foto: Getty Images.

LAIN orang, lain ragamnya.

Begitulah kisahnya mengenai wanita ini yang ditahan kerana keluar rumah tanpa alasan kukuh ketika perintah berkurung (lockdown) diuatkuasakan dalam mengekang wabak Covid-19.

Louise Whelan, 29, dari Wirral, Liverpool ditahan pada 4 Mei tahun lepas oleh pihak berkuasa.

Ketika ditanya, dia memberikan jawapan yang cukup tidak masuk akal.

Kata wanita itu, dia mendapati terdapat ramai lelaki 'hot' di kawasan itu, lantas keluar memandu untuk mencuba nasib.

Kes itu dibawa ke mahkamah dan dia akhirnya didenda £339 (RM1,925).

Menurut polis, mereka berhadapan ramai individu yang memberi alasan tidak masuk akal kerana keluar sewaktu lockdown. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain