suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakam video TikTok sambil pegang plastik berisi kulit pesakit, pakar bedah digantung kerja

Video itu disifatkan tidak beretika dan tidak wajar dilakukan oleh seorang pakar bedah plastik.

SEORANG pakar bedah plastik digantung kerja selepas berkongsi video tidak sensitif menerusi aplikasi TikTok.

Caren Trisoglio Garcia dari Sao Paulo, Brazil, baru-baru ini memuat naik video dia sedang memegang plastik berisi kulit dan lemak manusia, dipercayai milik salah seorang pesakitnya.

Dalam video itu, dia kelihatan tersenyum sambil menari selepas selesai melakukan pembedahan.

Susulan perkongsian video itu, dia kini digantung kerja, berkuatkuasa 8 April lalu.

Jika siasatan mendapati dia bersalah, dia berhadapan risiko dibuang kerja.

Video itu disifatkan tidak beretika dan tidak wajar dilakukan oleh seorang pakar bedah plastik. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain